Selamat Datang ke
Portal Sistem e-Tauliah
Sistem permohonan dan pengurusan pentauliahan guru agama, penceramah, serta permit khas secara digital bagi Negeri Sabah.
Hebahan Terkini
Informasi Pentauliahan
-
Seseorang itu layak memohon untuk mendapatkan suatu tauliah mengajar atau berceramah, jika dia memenuhi syarat-syarat yang berikut :
- Memegang suatu kelayakan pengajian Islam daripada universiti‑universiti tempatan atau luar negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
- Memegang sesuatu kelayakan pengajian tinggi Islam daripada mana-mana institusi pengajian Islam tempatan; atau
- Berpengetahuan dalam Hukum Syarak; dan
- Telah mencapai umur dua puluh satu (21) tahun dan dalam hal pengajaran al‑Quran dan tajwid, lapan belas (18) tahun.
- Bagi maksud kaedah ini "Berpengetahuan" ertinya mana‑mana orang yang memperolehi pengetahuan berhubung dengan ajaran Islam melalui mana‑mana institusi pendidikan formal selain subperenggan (a) dan (b).
- Jawatankuasa oleh atas alasan‑alasan yang munasabah, mengecualikan mana-mana pemohon dari mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam subkaedah (1), jika difikirkan wajar dan sesuai manfaat untuk berbuat demikian.
-
Mana‑mana orang yang telah diberikan tauliah mengajar atau berceramah di bawah keadah‑kaedah ini hendaklah tertakluk kepada syarat‑syarat berikut :
- Tidak menyebarkan fahaman atau ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- Tidak menyentuh apa‑apa perkara berhubung dengan kedaulatan dan kuasa Yang di‑Pertuan Agong, Raja‑Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama yang di‑Pertuan Negeri sebagai Ketua Agama Negeri;
- Tidak menghina perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab yang muktabar dan tidak bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- Tidak menyentuh isu politik kepartian;
- Tidak menyentuh secara langsung peribadi mana‑mana individu;
- Tidak menghina mana‑mana pihak berkuasa agama; dan
- Hendaklah mematuhi apa‑apa peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama dan juga pihak berkuasa lain.
- Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk membatalkan tauliah mengajar atau berceramah apabila berlaku pelanggaran syarat‑syarat yang ditetapkan di bawah kaedah ini.
- Mana‑mana orang yang memiliki tauliah mengajar hendaklah mengemukakan tauliahnya jika dikehendaki oleh mana‑mana pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis.
-
Kategori Tauliah yang ditawarkan oleh pihak Majlis Ugama Islam (MUIS) adalah seperti berikut :
- Tauliah Mengajar / Ceramah Agama Dalam Negeri Sabah
- Tauliah Mengajar Agama Berkitab (Individu / Institusi)
- Permohonan Permit Khas
Bahagian Dakwah
Mendigitalkan Proses KerjaPortal ini dibangunkan untuk kegunaan Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah
Tugas utama bahagian ini ialah menyelaras aktiviti dakwah yang dijalankan oleh Jabatan ini bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan penyampaian syiar Islam.
Fungsi Bahagian
- Memberikan penghayatan Islam secara menyeluruh
- Membendung pengaruh penyelewengan akidah
- Menyelaras program-program dakwah dan ceramah
Hubungi Kami
Alamat Pejabat
Bahagian Dakwah JHEAINS,
Tingkat 10, Blok A Wisma MUIS,
88737 Kota Kinabalu